Wednesday, November 21, 2012

GENTLEMAN




So tell me, who the hell that won't like it when a guy holding the door to her? That was fuckin' sweet. Terasa diri sangat dihargai. Tanpa disangka, he hold the door to let us in first. Well, ladies first. So sweet !  Tak rasa macam.. Wow, mamat ni sweet jugak rupanya. Tak kisah lah yang kita kenal atau tak. Those act tetap menarik perhatian dan hati kita kan.

Second, tak ke lelaki tu lebih sweet bila dia rela korbankan something yang dia suka untuk kita padahal kita tak pernah pun bertegur sapa dengan dia? Maksud korban kat sini bukan korban nyawa atau badan. Contoh korban yang dimaksudkan, "that guy has more right to pick the biggest fried chicken as his dish first but he sacrificed it to a girl that stand behind him when he heard she sigh seeing him try to put that piece of chicken on his plate." Oh my, he is so damn sweet.

One more thing, yang layak membuatkan dia digelar sweet bila dalam dewan peperiksaan, everything was quiet untill one of your friend fell down. He pass out. Oh my God ! Setiap mata kat dalam dewan tu terus pandang si mangsa. Then unexpectedly, that sweet guy automatically stand up to help the unlucky guy who fell down since he sit in front of him. He help to pick that guy's things up while pengawas peperiksaan tu angkat dia bangun. Masa tu, semua orang tersengih sengih sebab rasa benda tu kelakar. And me, terpaku tengok perilaku lelaki sweet tu.

So, what i would like to say is, he is definitely damnly sweet ! Bukan dekat perempuan je dia sweet. Dengan lelaki pun dia 'sweet'. Errr.. I better use the word baik. Dengan lelaki pun dia baik. And guess what, I'm totally fall for him. Nighty nite.






Wednesday, October 31, 2012

SEMESTER BREAK, LOSING

Semester break dah start beberapa minggu lepas. Biarlah aku baru nak hupdate pon. ketinggalan beberapa zaman sikit. Cuti kali nie yang kelima. It's the last break for my semester. Yang keenam maksudnya aku dah grad. Insya Allah. Cuti untuk aku means kebebasan untuk kawan aku. Untunglah dah habis nyahh~


                                                




Thank you sebab jadi kawan aku untuk lima sem yang agak payah nie. Macam macam perkara kita buat, terjadi kat kita. Sampai ke hari terakhir kau kat kolej kat U tu kau tetap ada dengan aku. Thank you so very much. Aku memang nak cerita pasal kau kat sini tapi aku tak tahu nak cakap apa. Tu yang lambat semacam tu. (Sedih sebenarnya)

Abang aku pernah cakap, "orang pertama yang tidur sebelah katil kau akan jadi bestfriend kau kat sana". Seems true. Kau orang pertama yang aku tegur. Kau orang pertama yang aku nampak. Kau orang pertama tidur sebelah katil aku. Dan hari last kau kat sana pun kau tidur sebelah aku. Walaupun kat bawah. lepas nie takde dah kau nak tidur sebelah aku lagi. Lepas nie takde dah orang nak teman aku makan bila aku sorang sorang. Lepas nie takde dah orang nak keluar dengan aku pergi pekan Segamat. lepas nie takde dah orang nak merengek mintak Big Apple kat aku. I will miss you. I am missing you. =(

Thanks untuk semua yang kau dah bagi kat aku. Thanks untuk semua yang kau dah lakukan untuk aku. Thanks sebab ada untuk aku. Thanks sebab jaga aku. Thanks untuk jadi kawan terbaik aku.

Sorry kalau aku banyak kali sakitkan hati kau. Sorry kalau aku takde bila kau perlukan bantuan aku. Sorry kalau aku tak jadi kawan yang baik untuk kau. Sorry kalau aku pernah marah kat kau. Aku mintak halal eh kalau ada hutang apa apa. Hehe.

Papehal, jaga diri. Be the best, do the best. Macam terbalik je. Do the best, be the best. Goodluck. Nanti kalau datang Segamat, first first tu kau kena cari aku dulu. Kalau tak siap kau! WARNING nie.




# babe, kalau teringat hari last kita jumpa tu sumpah gua nangis. Sedih gila kot. Kau ngan aku je yang tahu. >_<"


Saturday, October 13, 2012

I'M IN PAIN PAIN PAIN

Cuaca mendung, aku tengah study, aku tak pandai, aku call kawan aku nak mintak tolong tapi dia tak angkat. Dua kali, pun tak angkat. Damn.

Tiba tiba ada satu bau yang sama dengan bau kat kampung.Aku teringat kampung arwah atok. Lepas tu ada bau asap rokok. Aku terbayang papa tengah hisap rokok dekat luar rumah arwah atok. Aku tiba tiba rindu. Aku teringat dekat arwah atok. Aku curious apa opah tengah buat sekarang. Siapa yang temankan opah sekarang.

Aku tengah sedih, aku call adik aku. Dia tak angkat phone. Dua kali aku call. Damn.

Aku tengok list contact, lastly aku call ummi aku. Dia angkat phone. Aku rasa beban terlepas. But unfortunately the burdens slowly comes back bila dia bagitahu semalam pakcik aku call cakap opah masuk hospital. WHAT??

Kesian opah. Kalau aku yang tak duduk serumah dengan arwah atok pun dah sangat sangat rindu, inikan pulak orang yang dah duduk dengan atuk berpuluh tahun, hari hari. Opah mesti rindu atok sampai sakit.

Aku nak nangis, tapi aku tahan. Pemergian atok pun aku belum terima sepenuhnya, tambah lagi dengan berita opah sakit, dengan dua lagi paper aku kena hadap. Sumpah hati aku rasa terbeban sangat. Rasa macam ada something yang tengah cucuk cucuk hati aku sekarang nie.

Aku call bestfriend aku tapi dia tak angkat. Banyak kali sampai aku jadi sakit hati. Pergi mampus semuanya !
Semua sama. Aku tak mintak banyak pun. Dengar hati aku je. Susah ke? Hati aku macam nak pecah je rasanya. Ah, bukan ada orang peduli pun. Ada kawan ramai pun bukannya boleh tenangkan hati nie. ==.




Friday, October 12, 2012

DREAMS





Aku nak sangat pergi tempat nie. Nak sangat sangat. Naik roller coaster. Jerit jerit macam orang gila. HAHA






Tempat nie pun sama. Best woo.. Bawak aku pergi cepat !


Tuesday, October 2, 2012

SPECIAL PLACE


This is the best place. Love to be here whenever I need and want to. This special place give me peace, warmth and strength.

Kalau tengah marah, tengah bengang, tiba tiba ada orang ajak pergi masjid untuk tunaikan kewajipan. Aku akan cakap, OKAY, AKU NAK SANGAT !

Kalau keluar berjalan dengan kawan kawan, bila time masuk waktu aku sure sangat kitorang akan pergi masjid.

Atok, rindu atok sangat sangat. Semoga atok tenang kat sana. Ika selalu akan doakan atok. =)





Friday, August 24, 2012

MARRIAGE



Kau ajak aku kahwin pada masa yang sama sepupu aku bertunang dan kawan aku berkahwin. Aku tak tahu samada kau betul betul atau main main tapi of course my answer will be "I DO,". Tapi ada tapinya. Aku akan jawab macam tu lepas aku capai semua impian aku dan lepas aku bahagiakan parents aku. 

Semestinyalah aku rasa lain macam lepas kawan aku yang sama umur, yang dulu pergi sekolah sama sama dengan aku, yang dulu selalu keluar sama sama dengan aku, dah kahwin dengan boyfriend dia yang dia dah couple sejak dari form 3 dulu. Aku tiba tiba rasa macam aku dah tua. Oh my GOD !

Kita yang berumur 20 tahun nie dah layak berkahwin ke? Aku tak rasa aku dah layak sebab aku tak mampu nak tunaikan apa apa tanggungjawab yang tak munasabah untuk seseorang yang berumur 20 tahun. Sebab tu aku tak berani nak say yes kat kau awal awal. Lagipun kau dah kenal aku sangat ke? Aku pun takdelah kenal kau sangat. Kalau ada jodoh, nanti aku tukar jawapan yang aku bagi tadi eh. HAHA !

Kita masih budak lah awak. Taknak fikir pasal kahwin. Assignment untuk sem nie pun ada berlambak lagi belum siap. Nak fikir pasal kahwin macam buang masa pulak rasanya. Kalau awak rasa macam lama sangat kena tunggu kita, awak kahwinlah dulu dengan orang lain okay? Kita tak kisah sebab kita still ada parents and adik adik yang lebih penting untuk kita. Bukan awak tak penting tapi kedudukan diorang lagi tinggi daripada awak. Hehe, sorry.


Sekian,
kita.

Friday, July 6, 2012

HEY YOU





Aku ada seorang kawan yang tak tahu nak bersyukur dengan apa yang dia ada. Sebagai kawan, seriously aku benci sangat sangat dengan perangai dia. Dulu dia ada aku sebagai seorang kawan tapi dia buang aku. OK, fine. Aku tak kisah and just nak tengok setakat mana dia mampu pergi. Sekarang aku dengar dia ada pasangan lain tapi tak couple and tiba tiba dengar berita dia direject. Apa nie?

Dan tiba tiba dia datang tegur aku. Dengan muka tak malu. Sebab kitorang pernah kawan dulu, dan tiba tiba dia pandai berlagak depan aku, aku tersangat kecik hati dengan dia. Aku sedih bila dia buat macam tu. Dan aku nekad yang aku takkan tegur dia walaupun dia mintak maaf berjuta kali sekalipun. Tapi setakat ni, mana pernah lagi dia mintak maaf. It's okay. Resultnye sama jugak nanti.

Satu je nasihat aku, jadi orang jangan cepat lupa diri.


Cerita aku yang satu lagi : Dah lama aku takde rasa suka kat someone. Tiba tiba pulak sekarang aku boleh terminat kat sorang budak lelaki ni. Dia junior aku tapi sama umur. Bagi aku dia comel tapi semua kawan kawan aku macam, “ KAT MANA YANG COMEL ? ”. Dia comel lah wehh ! Chubby chubby gitu. Aku ni boleh dikira dah angau habis lah kat dia. Tapi nama dia aku belum tahu. Kitorang just pernah balas balas senyum je bila terserempak. Dulu dulu takde pun rasa macam ni. Tapi bila terserempak tu memang lah aku nak jugak tengok muka dia. Comel!
Dan sekarang yang boleh tambah buat aku gila, dia pun kerja dekat dekat dengan aku. Tiap hari aku curi curi pandang dia. Berbunga bunga hati aku. Tambah lagi bila tengok dia senyum. Alahai, comelnya!
Entah bila lah boleh bertegur sapa dengan dia ni. Awak, selalu selalu lah datang unimart eh. Saya suka tengok muka cute awak. Hehe, sah aku dah gila bayang.






p/s : my name is Kim Eun Woo. (in Korean)

Tuesday, May 29, 2012

COLOURS !



Aku tak suka diperintah itu ini. Aku tak suka orang paksa aku buat itu ini. Aku tak suka orang suruh aku buat benda yang aku tahu aku kena buat. Aku tak suka orang suruh aku buat benda yang memang aku nak buat. Aku tak suka orang cakap aku tak tahu buat itu ini padahal tiap tiap hari aku buat benda tu. Rasanya sangat annoying. Gila gila punya annoying.

Bila aku dah bengang, aku masuk bilik. Tiba tiba aku teringatkan sebijik buku yang selalu aku conteng conteng bila aku rasa nak conteng. And while checking it, i saw some important point about colours. Entah bila aku tulis, aku tak tahu. Yang penting, itu adalah copy paste from somewhere yang aku tak ingat dari mana. Lepas baca balik, aku mengaku ianya agak boleh diterima kerana tepat terkena batang hidung aku.

Aku sukakan warna hijau, coklat, dan ungu. Huraian bagi setiap warna warna tu memang ada dalam diri aku. Dalam erti kata lain, memang perangai aku lah. Here, aku ada sediakan :

HIJAU - Hijau adalah simbol keamanan, kesentosaan dan kebebasan. Mereka yang menggemari warna hijau amat mengambil berat tentang kebebasan individu dan tidak gemar dikongkong. Mereka sentiasa menghormati orang lain dan dalam masa yang sama mereka mengharapkan penghormatan diberikan kepada mereka. Aspek emosi mereka amat ketara dan sangat setia dan patuh pada pasangan ketika bercinta. Akibatnya, mereka cepat merasa cemburu sehingga adakalanya sampai ke tahap yang melampau. Mereka sering disalah anggap sebagai mementingkan diri sendiri tetapi sebenarnya adalah akibat perasaan mereka yang sangat mendalam.

UNGU - Warna ini sering dikaitkan dengan kemuliaan, kehormatan dan kebangsawanan. Mereka yang menggemari warna ungu dianggap sebagai mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap kemewahan dan keselesaan. Oleh itu, mereka sentiasa bersikap ambil mudah dan kurang peka terhadap usaha gigih. Mereka lazimnya menilai sesuatu dari aspek 'estetika' yakni nilai keindahan dan bagaimana menikmatinya.

COKLAT - Mereka yang menggemari warna coklat biasanya mempunyai selera, pandangan atau penilaian yang sangat sensitif terhadap sesuatu. Menilai sesuatu dari segi luaran dan dalaman adalah menjadi keistimewaan mereka dalam semua aspek baik dari segi makanan, pakaian, cara hidup atau apa  sahaja yang menyentuh sesuatu yang rutin. Mereka tidak mudah terpengaruh atau dapat digula gulakan oleh orang lain dengan senang lantas menjadikan mereka kelihatan sentiasa smart dan bergaya.

MERAH - Merah adalah warna yang menjadi lambang kekuasaan dan tenaga. Mereka yang gemarkan warna merah adalah orang yang agresif, bersemangat, bersikap ofensif, penuh daya imaginasi dan pantang mengaku kalah. Masyarakat cina menganggap warna merah memberi pengertian kemakmuran, kemewahan, keceriaan dan aman damai.

OREN - Oren adalah simbol kematangan, kehangatan dan kekuatan. Mereka yang sukakan warna oren adalah orang yang penyabar, tidak gopoh dan sentiasa berfikir panjang sebeum bertindak. Mereka tidak pernah mengenal erti gagal dalam hidup dan menganggap kegagalan menjadi tapak untuk mencapai kejayaan. Mereka cukup waspada merancang sesuatu aktiviti dan sentiasa mengharapkan yang terbaik.

KUNING - Kuning membawa maksud cahaya. Oleh itu, ia dianggap sebagai sumber kehidupan. Mereka yang menggemari warna kuning adalah orang yang tahu menilai apa ertinya kehidupan dan tidak pernah berputus asa sepanjang hayat. Mereka adalah orang yang cermat, berhati hati dan sentiasa memandang jauh ke hadapan sebelum bertindak. Kuning juga adalah simbol maruah, kehormatan dan digniti.

BIRU - Biru adalah warna langit yang tinggi di angkasa. Oleh itu, biru membawa pengertian kuasa atau kedudukan. Ia dikaitkan juga dengan kehormatan, keselamatan, kesetiaan dan keseimbangan. Mereka yang menggemari warna biru tidak suka diperintah atau diarah ketika melakukan sesuatu. Mereka cepat tersinggung dan sangat sensitif. Daya imaginasi mereka sangat tinggi dan boleh mendatangkan hasil yang baik jika diberi galakan. Biru juga adalah lambang cinta dan memandang tinggi terhadap pengorbanan diri ketika bercinta. Mereka sangat romantik dan mempunyai deria yang amat sensitif.

PUTIH - Membawa pengertian suci, bersih, luhur dan bergaya. Ia adalah lambang kejujuran, keikhlasan, telus dan harmoni. Mereka yang sukakan warna putih adalah orang yang sangat mengambil berat tentang perasaan. Sikap jujur dan ikhlas menjadikan mereka sangat setia dengan pasangan dan sentiasa meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Akibat kejujuran itu, mereka sering diambil kesempatan oleh orang lain yang menangguk di air keruh. Cinta mereka biasanya adalah cinta abadi yang sanggup menghadapi kepayahan walau dalam apa situasi sekalipun. Mereka mempunyai pendirian yang sangat teguh dan sukar dimanipulasikan.

HITAM - Sering ditujukan kepada kegelapan. Warna hitam adalah lambang pengharapan yang tidak kunjung padam dan kebebasan. Ia juga mengilhamkan perasaan yang sentiasa segar terhadap sesuatu. Mereka yang gemarkan warna hitam sangat patuh, setia dan jarang sedia berkompromi. Bersikap jujur dan tidak banyakk kerenah, mereka biasanya amat senang didekati dan mudah dibawa berunding. Ini adalah kerana mereka sering meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap orang lain.

MERAH JAMBU - Warna ini melambangkan cinta dan kasih sayang. Mereka yang memilih warna merah jambu adalah orang yang sangat emosional, sensitif dan mudah tersentuh jika emosi mereka terganggu. Daya kreativiti dan jiwa seni adalah bahagian terpenting dalam hidup mereka sehingga apa yang mereka lihat mempunyai pengertian yang berbeza dengan orang lain. Amat setia pada pasangan dan sedia berkorban demi untuk mempertahankan kesetiaan mereka.

So, korang tengoklah ada ke tidak yang terkena kat korang. Kalau takde, my bad. Wink2 ^_^


Sekian,

Friday, April 27, 2012

CAN'T LAUGH




Hati aku bukan untuk kau sebab hati kau bukan untuk aku. Aku tahu apa dalam hati kau. Kau maybe nafikan. Sebab kau sendiri tak tahu apa yang ada dalam hati kau. Macam aku cakap, walau apapun, aku tetap akan jadi nombor dua.
Hey, aku bukan dia! Jangan buat aku nangis sebab ni boleh? Aku taknak jadi dia untuk kau. Aku taknak kau suka aku sebab dia. Aku taknak kau nampak aku sebagai dia. Aku taknak kau dekatkan aku dengan dia.
Jangan sebab kau tak dapat dia, kau letakkan perasaan kau yang salah tu pada aku. Aku tak sudi tahu! Perasaan kau untuk dia bukan untuk aku. Kalau kau rasa kecewa, itu sebab kau tak dapat dia. Bukan sebab aku tolak kau. Tolonglah sedar. Barang lama jangan dikenang. Nanti diri sendiri yang merana.
Dia dah taknak kau. Tak nampak ke? Tolonglah sedar, kawan. Ramai lagi orang lain. Dan nanti kalau kau dah dapat orang lain, jangan sesekali bangkitkan perasaan kau pada si kenangan untuk kau ucapkan pada si dia yang baru. Bezanya ketara sangat. Jangan sesekali ungkit pasal si kenangan depan si dia yang baru. Jangan buat post fb yang mengaitkan si kenangan sebab si dia yang baru ni akan makan dalam sebab kau still nak si kenangan ni ada dalam kehidupan kau.
Ni nasihat aku sebagai kawan kau yang agak faham keadaan perasaan kau terhadap perempuan. Lagi satu, umur kau dah banyak. So act like your age. Jangan jadi lelaki tak matang.

P/s : Hari nie mood aku betul betul macam tengah melarikan diri. Mana tah aku nak cari dia. Semua nie pasal result final aku. Semua dah okay, subject LAW299 je macam haram. Dahlah aku memang taknak hadap gila subject tu, sekali sem depan aku kena jumpa balik. Aduh, sakit betul hati aku!



Saturday, April 21, 2012

GIRLFRIENDS

This semester break , I really have nothing to do . Makan tido online mengadap laptop keluar dengan girlfriends . Tak nothing jugaklah . ^^,

Awal awal cuti lagi sepupu aku ajak pergi rumah dia . Sekolah dia akan buat satu kem untuk budak darjah 6 so dia mintak aku tolong jagakan anak dia yang umur 2 tahun . Bermaksud , dia ajak aku pergi kem tu sekali . Okay, I agreed . Kem yang agak lasak sebenarnya . Kat sana aku ada kenal sorang kawan . Sumpah funny gila . Tapi perkenalan kitorang hanya setakat 2 hari je . Dia dengan aku sama sama bangang sebab tak mintak fb masing masing . Haha . Fyi , dia budak UiTM Penang .

3 hari kat kem , 2 hari dekat rumah sepupu aku . Rabu aku balik rumah , Khamis aku dengan 4 orang kawan pergi Air Terjun Sekayu . Awesome ! Best gila wo . Kitorang plan nak pergi lagi . Dengan lebih ramai geng geng sekolah menengah dulu . Tunggu masing masing cuti baru kita pergi . Tapi kalau anda tak cuti masa kitorang pergi tu , sorry ya . Heee ,

Bab keluar dengan kawan kawan aku memang best . Liesa really know how to jokes . She's definitely the most funny thing that happened in my life selepas Fie . They're really a crazy thing . HAHA .

Mak aku pulak , asal aku nak keluar je dia pandang semacam . Kenapa ? "Keluar je mintak duit , keluar je mintak duit . HAHA , relax lah mie . Ika kan student . Bukannya pekerja sepenuh masa . Duit PT kan dah lama musnah . Lagipun mintak tak banyak . RM10 je .

Tapi dalam dalam syok keluar , ada satu hari tu aku boleh tertinggal aku punya laptop dalam kereta mak Liesa . Oh , God ! Aku baru sedar lepas dia dah sampai rumah dia . Besoknya aku ajak mak aku pergi ambik anak aku tu kat rumah dia tapi mak aku busy pulak . Bakal PM lah katakan kan.. Mahu 3 hari jugak anak aku tu dalam simpanan Liesa . 3 malam tu lah aku takde keje nak buat . Nak tengok movie tak boleh . Nak online , asyik adik adik aku je yang bergilir gilir mengadap laptop papa aku . Budak budak zaman sekarang ~ . Aku dulu mana ada ! Main dalam sawah , main bola kat padang . Adik aku sekarang , main bola pon dalam laptop . Demand hah kau ~

Then when the day's come , aku dapat balik laptop aku . Aloo cayang mucuk mucuk . Lepas tu kitorang keluar lagi (aku Liesa ngan Fie) . Sebab Liesa ajak keluarlah aku dapat laptop aku balik . Kalau tak , entah bila baru benda tu pulang ke tangan aku kan . Haaa !

Btw , korang best dowh . Bab keluar ngan korang is the best moment . nanti keluar lagi eh . Aku cuti 2 bulan nie . Weee~









Wednesday, March 7, 2012

HEY MEMORY !



Aku rasa aku nampak kau lagi tadi . Tak jauh pun jarak kita sebenarnya . Wahh , dah maju kau sekarang kan . Dah ada kereta . Hadiah dari mak ayah ke ? Untunglah . Mesti rasa bahagia gila kan .
Macam mana aku boleh tahu itu kau ? Well , it’s just you who don’t know me like how I know you . I memorized everything bout you . Your hair style , your height measured , your skinny body . I’m not missing you , it’s just that you happened to be in my head . Your picture is always there . Not even once try to escape from me .
Kalau hidup kau dah perfect , congratulations . But , one thing you must really know . KAU AKAN TANGGUNG DOSA SELAGI AKU TAK MAAFKAN KAU . Takkan kau tak pernah tahu “lelaki yang berniat mempermainkan perasaan seorang perempuan adalah berdosa baginya” . I really wish you know that .
Aku tak berharap untuk jumpa kau lagi . Aku tak berharap kau cari aku lagi dengan alasan kau buat salah kat aku and seek for forgiveness . Dulu memang aku numb , percayakan kau . Tapi sekarang aku dah besar , aku dah matang . I’m on my way to be a woman . Not a stupid girl who believe your stupid words and stupid cry anymore .
Aku tak kisah kau dengan siapa . Aku tak kisah macam mana bahagia pun kau dengan dia . Aku tak kisah kau dah berjaya sekarang . Aku tak kisah seperfect mana hidup kau . Aku tak kisah kat mana kau sekarang . Aku tak kisah apa yang kau doakan untuk aku . Aku tak kisah kalau kau mintak untuk kita tak terserempak . Aku tak kisah kalau kau tengah sedih . Aku tak kisah kalau kau betul betul rasa bersalah . Aku takde apa untuk kisahkan pasal kau .
1 APRIL 2010 . The most memorable date for me . It’s indeed a stupid April Fool joke that was specially prepared for me from you . Thank you . You are the first person that dared to joked me about something that unknowingly hurt me bit by bit .
Aku belum maafkan kau . Dan kalaulah suatu hari nanti kita bersua muka , hanya satu yang aku lakukan . Tiada kata kata ,  hanya tamparan . Get ready . You’ll face that definitely .
Good Luck !

Yang Berkata-kata ;
Eika

Tuesday, February 21, 2012

untitled


FEEL LIKE CRYING NOW !

Friday, February 17, 2012

I LOVE YOU !

Biarkan aku mencintaimu kerana ALLAH TA'ALA .
Biarkan aku merinduimu kerana MUHAMMAD S.A.W .
Biarkan aku menginginkanmu kerana AL-QURAN KALAMULLAH .
Biarkan aku ikhlas bersamamu kerana redha ALLAH TA'ALA .
Biarkan aku jujur terhadapmu kerana berkat ALLAH TA'ALA .
Biarkan aku menerimamu kerana restu ALLAH TA'ALA .
Biarkan aku menyayangimu kerana kamu yang diutuskan oleh-NYA untukku .
Aku akan menerimamu seikhlasnya jika memang kamu yang diutuskan untukku .
Aku akan menyayangimu sepenuhnya jika memang aku tulang rusukmu yang hilang .

Monday, February 13, 2012

HEY YOU !

Hey kawan . I really do need you here . I miss you so much . Kau je yang boleh bagi nasihat kaw kaw kat aku . KAU JE ! Bila boleh jumpa ? Aku rindu sangat sangat kat kau . Aku nak sangat sangat jumpa kau . Aku nak dengar nasihat kau yang bernas bernas tu . HAHA ! Kalau kau cakap tak rindu kat aku , aku bagi pelempang sebijik . Tipu kalau kau takde nasihat langsung untuk aku . Pergh , tiba tiba aku rasa nak nangis . See , I need you sangat sangat . Jangan lah sombong sangat . Contact lah aku . Ini diam je memanjang . Geram aku taw . Btw , aku dah tak pakai number maxis dah . Dah kena block . Heee ..

Anyhow , congratulations untuk degree kau . Aku rasa macam belum cakap lagi . HAHA , selekeh . Nanti mesti kau lagi busy kan . Tak best lah macam tu .

Babe , perasaan aku tak tenteram sekarang . Harap harap ada lah rezeki nak jumpa kau . Aku nak cerita semua kat kau . Aku nak cerita pasal hidup aku lepas kau tinggal aku kat sini . Aku nak cerita pasal semua orang yang pernah kita jadikan modal cerita kita dulu dulu . Aku nak cerita pasal Anem ngan Kim yang selalu buli aku . Pendek cerita , semualah aku nak cerita . Jadi , aku perlukan masa yang panjang untuk bersama kau . Bukan sehari , bukan dua hari . Seminggu tu aku rasa paling pendek kot . HAHAHA .

Nanti kau free cakap kat aku . Kita plan bila nak jumpa okay ?



LOVE,
EIKA


p/s : aku tak tiru kim okay . aku pon rindu kau jugak .

Friday, January 13, 2012

HUH ?


Am I too difficult ? Nak merajuk tak boleh . Nak marah susah . Nak bergaduh tak pandai . 



Aku paling tak suka kalau ada orang buat aku macam nie :


Tak kira lah mak aku ke , kawan aku ke or sape-sape.



Tahu tak perasaan aku masa tu macam :


Nie !



Then , aku takut last-last aku akan buat macam nie :





So jangan marah aku ! (untuk sape-sape je) . Kalau kau yang buat salah , cuba-cuba lah mengaku salah sendiri . Jangan asyik nak salahkan orang lain . Mentang-mentang orang tu nampak macam takde perasaan . Kau bukan tahu apa dia rasa lepas kau buat macam tu .

Sekian,

Hey Mister , orang dah cakap awal-awal . So , jangan gedik-gedik nak try . ^_^