Aku tak suka diperintah itu ini. Aku tak suka orang paksa aku buat itu ini. Aku tak suka orang suruh aku buat benda yang aku tahu aku kena buat. Aku tak suka orang suruh aku buat benda yang memang aku nak buat. Aku tak suka orang cakap aku tak tahu buat itu ini padahal tiap tiap hari aku buat benda tu. Rasanya sangat annoying. Gila gila punya annoying.Bila aku dah bengang, aku masuk bilik. Tiba tiba aku teringatkan sebijik buku yang selalu aku conteng conteng bila aku rasa nak conteng. And while checking it, i saw some important point about colours. Entah bila aku tulis, aku tak tahu. Yang penting, itu adalah copy paste from somewhere yang aku tak ingat dari mana. Lepas baca balik, aku mengaku ianya agak boleh diterima kerana tepat terkena batang hidung aku.
Aku sukakan warna hijau, coklat, dan ungu. Huraian bagi setiap warna warna tu memang ada dalam diri aku. Dalam erti kata lain, memang perangai aku lah. Here, aku ada sediakan :
HIJAU - Hijau adalah simbol keamanan, kesentosaan dan kebebasan. Mereka yang menggemari warna hijau amat mengambil berat tentang kebebasan individu dan tidak gemar dikongkong. Mereka sentiasa menghormati orang lain dan dalam masa yang sama mereka mengharapkan penghormatan diberikan kepada mereka. Aspek emosi mereka amat ketara dan sangat setia dan patuh pada pasangan ketika bercinta. Akibatnya, mereka cepat merasa cemburu sehingga adakalanya sampai ke tahap yang melampau. Mereka sering disalah anggap sebagai mementingkan diri sendiri tetapi sebenarnya adalah akibat perasaan mereka yang sangat mendalam.
UNGU - Warna ini sering dikaitkan dengan kemuliaan, kehormatan dan kebangsawanan. Mereka yang menggemari warna ungu dianggap sebagai mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap kemewahan dan keselesaan. Oleh itu, mereka sentiasa bersikap ambil mudah dan kurang peka terhadap usaha gigih. Mereka lazimnya menilai sesuatu dari aspek 'estetika' yakni nilai keindahan dan bagaimana menikmatinya.
COKLAT - Mereka yang menggemari warna coklat biasanya mempunyai selera, pandangan atau penilaian yang sangat sensitif terhadap sesuatu. Menilai sesuatu dari segi luaran dan dalaman adalah menjadi keistimewaan mereka dalam semua aspek baik dari segi makanan, pakaian, cara hidup atau apa sahaja yang menyentuh sesuatu yang rutin. Mereka tidak mudah terpengaruh atau dapat digula gulakan oleh orang lain dengan senang lantas menjadikan mereka kelihatan sentiasa smart dan bergaya.
MERAH - Merah adalah warna yang menjadi lambang kekuasaan dan tenaga. Mereka yang gemarkan warna merah adalah orang yang agresif, bersemangat, bersikap ofensif, penuh daya imaginasi dan pantang mengaku kalah. Masyarakat cina menganggap warna merah memberi pengertian kemakmuran, kemewahan, keceriaan dan aman damai.
OREN - Oren adalah simbol kematangan, kehangatan dan kekuatan. Mereka yang sukakan warna oren adalah orang yang penyabar, tidak gopoh dan sentiasa berfikir panjang sebeum bertindak. Mereka tidak pernah mengenal erti gagal dalam hidup dan menganggap kegagalan menjadi tapak untuk mencapai kejayaan. Mereka cukup waspada merancang sesuatu aktiviti dan sentiasa mengharapkan yang terbaik.
KUNING - Kuning membawa maksud cahaya. Oleh itu, ia dianggap sebagai sumber kehidupan. Mereka yang menggemari warna kuning adalah orang yang tahu menilai apa ertinya kehidupan dan tidak pernah berputus asa sepanjang hayat. Mereka adalah orang yang cermat, berhati hati dan sentiasa memandang jauh ke hadapan sebelum bertindak. Kuning juga adalah simbol maruah, kehormatan dan digniti.
BIRU - Biru adalah warna langit yang tinggi di angkasa. Oleh itu, biru membawa pengertian kuasa atau kedudukan. Ia dikaitkan juga dengan kehormatan, keselamatan, kesetiaan dan keseimbangan. Mereka yang menggemari warna biru tidak suka diperintah atau diarah ketika melakukan sesuatu. Mereka cepat tersinggung dan sangat sensitif. Daya imaginasi mereka sangat tinggi dan boleh mendatangkan hasil yang baik jika diberi galakan. Biru juga adalah lambang cinta dan memandang tinggi terhadap pengorbanan diri ketika bercinta. Mereka sangat romantik dan mempunyai deria yang amat sensitif.
PUTIH - Membawa pengertian suci, bersih, luhur dan bergaya. Ia adalah lambang kejujuran, keikhlasan, telus dan harmoni. Mereka yang sukakan warna putih adalah orang yang sangat mengambil berat tentang perasaan. Sikap jujur dan ikhlas menjadikan mereka sangat setia dengan pasangan dan sentiasa meletakkan kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Akibat kejujuran itu, mereka sering diambil kesempatan oleh orang lain yang menangguk di air keruh. Cinta mereka biasanya adalah cinta abadi yang sanggup menghadapi kepayahan walau dalam apa situasi sekalipun. Mereka mempunyai pendirian yang sangat teguh dan sukar dimanipulasikan.
HITAM - Sering ditujukan kepada kegelapan. Warna hitam adalah lambang pengharapan yang tidak kunjung padam dan kebebasan. Ia juga mengilhamkan perasaan yang sentiasa segar terhadap sesuatu. Mereka yang gemarkan warna hitam sangat patuh, setia dan jarang sedia berkompromi. Bersikap jujur dan tidak banyakk kerenah, mereka biasanya amat senang didekati dan mudah dibawa berunding. Ini adalah kerana mereka sering meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap orang lain.
MERAH JAMBU - Warna ini melambangkan cinta dan kasih sayang. Mereka yang memilih warna merah jambu adalah orang yang sangat emosional, sensitif dan mudah tersentuh jika emosi mereka terganggu. Daya kreativiti dan jiwa seni adalah bahagian terpenting dalam hidup mereka sehingga apa yang mereka lihat mempunyai pengertian yang berbeza dengan orang lain. Amat setia pada pasangan dan sedia berkorban demi untuk mempertahankan kesetiaan mereka.
So, korang tengoklah ada ke tidak yang terkena kat korang. Kalau takde, my bad. Wink2 ^_^
Sekian,

No comments:
Post a Comment